Sempena Ramadan yang mulia, BERSATU Kota Melaka mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa kepada semua kaum muslimin.
Ramadan yang sekian lama dinantikan ini akhirnya tiba juga dan keberkatan bulan ini perlu dimanfaatkan sepenuhnya.
Terlalu banyak keberkatan Ramadan ini dan umat Islam perlu menghayati sepenuhnya bahawa inilah bulan yang menjanjikan keamanan, perpaduan serta keselamatan.
Keberkatan Ramadan ini bukan sahaja harus direbut oleh umat Islam, malah boleh dimanfaatkan untuk penyatuan semua kaum dalam mewujudkan persefahaman, kerjasama dan saling bantu-membantu.
Adalah penting dalam keadaan sekarang dan hari-hari mendatang, penyatuan yang dapat diwujudkan menjanjikan perpaduan semua kaum dan seterusnya menjadikan Malaysia sebuah negara yang aman dan selamat.
Dalam situasi negara sedang berdepan pelbagai cabaran termasuk pandemik Covid-19, masalah rakyat, desakan politik, ekonomi dan sebagainya, Ramadan juga mengajar kita agar tidak mementingkan diri sendiri sebaliknya saling bantu-membantu.
Ramadan juga mengajak kita agar sentiasa bersabar serta bermaaf-maafan.
Ambillah juga kesempatan dalam Ramadan ini untuk meluangkan masa bukan sahaja beribadah, malah menyantuni rakan-rakan, jiran dan masyarakat setempat termasuk mereka yang uzur, keluarga susah, yang sakit dan sebagainya. Hulurkian juga bantuan mengikut kemampuan masing-masing.
Sehubungan itu, BERSATU Parlimen Kota Melaka akan sentiasa bersama Perikatan Nasional (PN) untuk menyemarakkan lagisambutan Ramadan ini bukan sahaja melibatkan kaum muslimin malah rakan-rakan kita dari kaum-kaum lain.
Akhir kata, penyatuan dan perpaduan dalam Ramadan ini amat penting untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang aman dan secara langsung membolehkan rakyat meneruskan kehidupan harian tanpa rasa takut atau bimbang kerana undang-undang negara sentiasa menjanjikan hak kepada semua rakyat.
DATUK HISHAMUDDIN ABDUL KARIM
Ketua BERSATU Bahagian Kota Melaka
merangkap Setiausaha Biro Penerangan BERSATU Malaysia