Sin Chew Daily wawancara Wan Saiful

KUALA LUMPUR 2 Mac – Akhbar Sin Chew Daily berpeluang mewawancara Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Datuk Wan Saiful Wan Jan.

Dalam wawancara itu, Wan Saiful menjawab pelbagai soalan melibatkan politik parti dan tanah air termasuk kerjasama dengan Pas, UMNO, Perikatan Nasional (PN) dan isu-isu semasa lain.

Ketua Penerangan BERSATU itu memberikan penekanan bahawa BERSATU sentiasa bekerjasama dengan semua parti terbabit dan pada masa sama mengelakkan sebarang bentuk perpecahan melibatkan parti-parti Melayu.

“Kita sentiasa mengelakkan pertandingan tiga penjuru pada pilihan raya akan datang kerana jika ini berlaku yang akan mendominasi ialah Pakatan Harapan (PH).

“Jika ada perkara yang jadi persoalan ditimbulkan dari kerjasama BERSATU dan UMNO, kita boleh selesaikan di meja rundingan,’’ katanya.

Wan Saiful turut menyentuh mengenai ketelusan kepemimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menubuhkan jawatankuasa khas berikutan perisytiharan darurat.

“Jawatankuasa khas ini dianggotai orang-orang profesional. Mereka memberi pandangan dan nasihat secara profesional mengenai keadaan negara serta langkah-langkah yang perlu diambil sebelum sesuatu keputusan itu dilaksanakan.

“Ini membuktikan bahawa Muhyiddin telus dan mengutamakan keperluan rakyat dan bukannya untuk politik diri sendiri,’’ katanya.

Author: Sarah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *