Adakah wujud kerjasama sulit dengan DAP untuk angkat Anwar jadi PM?

Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke dilaporkan berkata; “Apa yang telah diputuskan ialah Datuk Seri Anwar adalah calon PM bagi Pakatan Harapan. Jadi kami memberi tawaran yang jelas kepada rakyat … jika kami gagal mendapat kerusi majoriti memerintah sudah tentu akan ada kerjasama dengan mana-mana parti, termasuk UMNO…”

Kenyataan Anthony itu telah memperkukuhkan persoalan sama ada wujud persefahaman sulit untuk membentuk jajaran baharu dalam khemah besar yang didominasi oleh DAP.

Kita sedia maklum bahawa sebelum ini pernah tular sepucuk surat daripada Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengisytiharkan taat setia beliau selaku Presiden UMNO untuk mengangkat Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

Surat ini dialamatkan kepada YDP Agong dan tidak pernah ditarik balik oleh Zahid. Kelihatan seolah-olah usaha mengangkat Anwar sebagai Perdana Menteri, dengan sokongan DAP adalah satu usaha yang serius tetapi secara senyap dan rahsia.

Sekarang DAP pula mengesahkan bahawa jika ada kerjasama dengan UMNO, maka calon Perdana Menteri bukanlah dari UMNO tetapi mesti Anwar Ibrahim.

Usaha untuk menyucikan imej DAP juga sedang giat dilakukan oleh kluster mahkamah dan kluster merungut, dengan rungutan-rungutan berterusan yang mencerminkan sokongan kepada pandangan dan desakan DAP.

Saya berpandangan bahawa Perikatan Nasional jauh lebih telus dalam hal ini. Tidak ada sebarang rahsia bahawa calon Perdana Menteri dari PN ialah Tan Sri Muhyiddin Yassin.

PN menawarkan seorang individu yang jelas istiqamah membantu rakyat setiap masa.

individu yang tidak pernah terpalit dengan sebarang isu atau masalah.

Kami tidak perlukan sebarang persefahaman sulit kerana niat dan matlamat kami adalah jelas dan ikhlas semata-mata mahu menjaga nasib rakyat.

MAHATHIR MOHD. RAIS
Ketua BERSATU Bahagian Segambut

Author: Sarah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *